Teresa Kok – Proof of Innocence II – Malaysiakini

   Fast forward to September 9, in an Utusan Malaysia article, Khir was reported to have urged the opposition Pakatan Rakyat-led Selangor government not to concede to purported moves by a certain party to disallow azan (calls for prayers) emanating from loudspeakers of mosques in Puchong and Kota Damansara. Khir also lamented that while we practice freedom of religion, members of a certain religion celebrate to the extent that roads are closed, Muslims do not protest.

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor (Utusan Malaysia Sept 9, 2008)
SHAH ALAM 8 Sept. – Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) membuat desakan ekoran ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.
”Bagi UMNO, kita mahukan kerajaan negeri bertegas, jangan mudah mengalah kerana apa yang kelihatan ketika ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) seolah-olah mengalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku, manakala Pas pula tidak memainkan peranan.
”Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas beberapa laporan mendakwa azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu, tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, usaha menyediakan petisyen membantah azan seperti itu juga pernah dilakukan sekumpulan penduduk di Puchong sejak Mei lalu.

”Di Puchong dan Kota Damansara, ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk.

”Tetapi saya percaya kalau penduduk yang membuat petisyen itu, mesti ada pihak-pihak yang mendorong mereka untuk berbuat demikian.

”Sedangkan kita mengamalkan kebebasan beragama, apabila ada penganut agama tertentu meraikan perayaan mereka sehingga membawa kepada penutupan jalan, orang Islam tidak membantah,” ujar beliau. 

On the pembelamelayu blogspot, meanwhile, Khir was quoted on June 26 as alleging that Selangor exco and DAP leader Teresa Kok had submitted a petition to Umnos Seri Serdang state assemblyperson Mohd Satim Diman which supposedly described the azans as disturbing the peace of local residents. The blog also alleged that the petition requested for the calls to prayers there to be toned down. Earlier it accused Selangor exco Teresa Kok of leading the petition drive, posted the full petition to prove’ its claims against the Kinrara state representative.

Meanwhile a quick check on this blog shows that the abovementioned post has been deleted. Only left 9 articles for the year 2008 and an apology posted for his ‘hearsay’ article that got Teresa into this mess. This racist bigot was certainly NOT overwhelmed with guilt and in high probability, he turned into a scared rabbit when a police report was made against him and Khir Toyo by Kota Raja member of parliament Dr Siti Mariah Mahmud of PAS for stirring up the ‘azan’ issue.

Umno-owned Utusan Malaysia picked on Khir Toyo’s comment on September 9 and highlighted the issue in one of its opinion column entitled, “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya” writen by Senior Editor Zaini Hassan but conspicuously without credit nor is it factual. Anyway the text of the whole malicious ‘Cuit’ column is published below for readers to judge whether it is fair or grossly negligent, reckless, irresponsible, deliberate, malicious and aimed to lower Teresas esteem in the eye of the public and expose Teresa to public hatred, scorn, odium, contempt and ridicule;

Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya

JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ”ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita – Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.

”Sampai macam itu sekali tindakan mereka,” kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ”hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

”Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…” katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus ‘terkedu’. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ”…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar”.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang ‘memaksa’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

”Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa ‘sample’ berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL,” kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang ‘menyuapkan’ ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang ‘memegang tali’ untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang ‘berkobar-kobar’ membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku – yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang – secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin. – 10 Sept 2008

Eventually on September 11 Kota Raja member of parliament Dr Siti Mariah Mahmud of PAS lodged a police report against former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo and a blog (pembelamelayu blogspot) for allegedly spreading “malicious slander” and “lies”. Khir’s statement, published in Malay daily Utusan Malaysia on Tuesday, was also “maliciously intended and aimed at raising the anger and anxiety of Malay Muslims”. Siti Mariah, however, said she had checked with Kok as well as the state assembly hansard containing Satim’s speech and said she had ascertained that all the allegations regarding the azan were not true. “The issue of there being a directive against azan does not arise at all,” she told reporters after lodging the police report.

She said Mohd Khir’s statements are “lies, slander, and maliciously intended at raising the anger and anxiety of Malay-Muslims in the country and to incite their hatred against party leaders in Pakatan Rakyat, particularly DAP,”. “If the allegations are found (by the police) to be not true, then action must be taken against him (Mohd Khir) for spreading slander and for incitement. The issue must be taken seriously because it can lead to racial and inter-religious conflict,” she added. She also expressed her concern that Malay Muslims are hotly debating these (racial) issues.

Teresa also expressed her shock and disbelief in her blog ‘SASSY MP” as follows,

“Hari ini saya rasa terkejut apabila membaca artikel yang amat merosakkan namabaik saya dalam Utusan Malaysia (10 September 2008). Kandungan dalam artikel yang ditulis oleh Zaini Hassan ini penuh dengan pembohongan. Beliau memetik kata-kata pembohongan Khir Toyo dan mendakwa saya membawa penduduk di Puchong membantah azan masjid.
Dalam artikel Zaini ini, beliau menulis saya pernah pergi masjid berkenaan sebelum subuh dan menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.
*
Oh my God, bila saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi? Saya biasanya bangun selepas pukul 7 pagi, buat apa saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi? Sebenarnya, sampai sekarang, saya pun tidak tahu di mana letaknya surau tersebut.

Dalam mesyuarat exco Kerajaan Selangor pada pagi ini, kami telah membincangkan isu ini. Kami berpendapat kami mesti menghendaki pihak Utusan Malaysia, Zaini dan pihak-pihak berkenaan yang telah menyebarkan berita palsu dan pembohongan tersebut untuk menarik balik kenyataan pembohongan mereka dan meminta maaf, kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. Kami berpendapat tibalah masanya bagi kami untuk tegas terhadap pihak yang membuat pembohongan.” Sept. 11

Teresa had from the beginning strenously, profusely and vehemently denied these allegations that she had tried to disallow azan in Kota Damansara Sri Serdang and Puchong Jaya.

In her blog she denied having received any petition from the Puchong residents on the azan issue and even if she had, why would she forward it to Satim as he wasn’t the kadi or the mosque administrator. If ever she had received any petition she would have asked for assistance from YB Datuk Dr Hasan Ali, exco in charge of Islamic Affairs Selangor, or the director of Jabatan Hal Ehwal Islam in Selangor, and not Satim.

Her denial as follows:

“Tibalah masa bagi saya untuk menerangkan perkara ini dengan kenyataan yang saya telah ulangi kepada YB, Khalid Samad dan pemberita pada Hari Ahad adalah seperti berikut:

i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;

ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, buat apa saya tulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.- Sept 10

*Teresa however did gave an account where she received a complaint from residents of a condominium in Bandar Tun Razak two years ago which she describes in her blog as follows,

Kes Aduan Tentang Azan di Kondominium di Bandar Tun Razak.

Sebenarnya, pada dua tahun yang lepas, saya pernah menerima aduan daripada penduduk bukan Islam di sebuah pangsapuri di Bandar Tun Razak berkenaan dengan bunyi azan yang terlalu kuat pada awal pagi. Saya terpaksa bercampur tangan dalam isu tersebut kerana ia telah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam. Pada waktu itu, saya minta bantuan daripada pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan dan kami pernah mengadakan satu dialog di antara penduduk yang beragama Islam dan bukan Islam di kondominium tersebut secara bersama. Akhirnya, isu di kondominium itu diselesaikan dengan bantuan daripada Pengarah Jawi di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak memanggil sidang akhbar ataupun menggalakkan pengadu di kondominium berkenaan untuk membuat apa-apa petisyen, dan pergaduhan di kondominium tersebut diselesaikan secara “low key” sahaja. – Sept. 10

Clearly Teresa Kok decided to adopt a “low key” approach. She also involved the help of the responsible authority with regards to Islam, that is Director of JAWI. And in the end the problem was solved and tensions are avoided.

So it just doesn’t make sense why Teresa would risk racial peace and harmony by spearheading or leading a petition drive over a sensitive religious issue now, unless it was all a malicious fabrication to villify and discredit her.

Teresa Kok – Proof of Innocence III (to come)

2 Responses to Teresa Kok – Proof of Innocence II – Malaysiakini

  1. Jackie Lee says:

    Very good investigation. I like it very much. Keep on brother.
    Thanks bro, we’ve got to fight this ISA beast till its dead. I may move on to RPK next, hopefully.

  2. SYED says:

    Dear friend, How did you do all ths investigation. I need to learn it. there are many people who want justice but do not know how to start. Can you teach me houw?
    TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: